Wednesday, July 6, 2011

Scholes : Arsenal Tak Cukup Bagus

 
Bekas pemain tengah Manchester United yang baru bersara, Paul Scholes mempersoalkan kemampuan Arsenal dengan berkata “mereka mungkin bermain dengan cantik tetapi mereka gagal memperolehi keputusan yang mereka mahukan.” 

Scholes turut mempertikaikan kemampuan Arsene Wenger yang gagal memberikan sebarang trofi kepada Arsenal sejak 2005 dan menegaskan Sir Alex Ferguson tidak akan membenarkan perkara seperti itu terjadi.
Beliau juga tidak percaya Arsenal mampu mengubah nasib mereka dalam masa yang terdekat dan berkata The Gunners akan terus melalui tempoh yang sukar buat mereka.

“Mereka bermain dengan cantik tetapi masalahnya mereka tidak menang apa – apa. Bukan itu sahaja, mereka juga berpotensi kehilangan pemain utama mereka seperti Fabregas,  Nasri dan Clichy.”

Sumber

No comments:

Post a Comment