Wednesday, July 6, 2011

Gerrard tidak sertai “Asia Tour”

Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard tidak akan sertai kelab dalam “Asia Tour” dalam usaha memastikan kecerdasan beliau sebaik sahaja musim bermula.

Gerrard yang menamatkan musim lepas lebih awal kerana mengalami masalah kecederaan yang serius akan kekal di pusat latihan Melwood untuk meneruskan sesi pemulihan.

Liverpool akan terbang bermula Ahad ini ke China dan Malaysia, sementara Kenny Dalglish berharap ketua pasukannya akan pulih sebaik sahaja skuad Liverpool kembali dari Asia.

“Steven dan pihak perubatan telah melakukan yang terbaik setakat ini dan mereka berada pada peringkat terakhir untuk memastikan beliau kembali menyertai latihan penuh,” kata Dalglish.

“Saya pasti penyokong akan kecewa Steven tidak akan bersama kami di Asia tetapi saya pasti orang yang sama akan menghargai kepentingan Steven untuk cerdas dalam perlawanan menentang Sunderland pada pembukaan kempen musim ini.”

No comments:

Post a Comment