Tuesday, July 5, 2011

Copa Amerika : Permulaan hambar Brazil

Brazil gagal mencatatkan kemenangan menentang Venezuela dalam perlawanan pembukaan mereka di kejohanan Copa Amerika selepas keputusan terikat tanpa jaringan.

Brazil menguasai perlawanan sepenuhnya dan terlepas beberapa peluang menjaringkan gol termasuk Pato yang melihat cubaannya diselematkan palang gol selain Robinho dan Neymar yang terlepas peluang keemasan.

Juara Dunia lima kali itu terus mengasak bertubi – tubi dan hampir berjaya menjaringkan gol selepas menewaskan penjaga gol Renny Vicente Vega tetapi Oswaldo Vizcarrondo berjaya menghalang bola di atas garisan menggunakan bahunya.

Venezuela merupakan satu – satunya negara di Amerika Selatan yang tidak pernah  bermain di Piala Dunia tetapi jurulatih mereka, Cesar Farias mendaat pujian selepas tamat perlawanan.

No comments:

Post a Comment