Sunday, July 3, 2011

Ronaldo : Saya mungkin akan sertai Man City


Cristiano Ronaldo berkata beliau akan kekal di Real Madrid tetapi sekiranya Jose Mourinho meninggalkan kelab hujung musim lepas, beliau mungkin akan mengikut jejak langkah pengurusnya itu dengan Manchester City adalah destinasi utama.

Ronaldo telahpun berjaya menjaringkan 86 gol dalam 89 perlawanan sejak berpindah ke Bernanebu dari Manchester United pada 2009.

Tetapi bintang Portugal yang berjaya mengatasi rekod 40 gol Lionel Messi di liga itu berkata beliau gembira bermain bersama Los Blancos. 

Ronaldo turut mengakui kembali ke England merupakan antara impiannya selepas meninggalkan Madrid dengan Manchester City mampu membayar yurang yang tinggi.

“Ianya merupakan tawaran yang menarik dengan £20juta setahun. Ianya sangat menarik, tetapi saya berkata dengan agen ianya lebih baik kekal di Madrid.”

No comments:

Post a Comment