Saturday, July 2, 2011

Gervinho : Saya ke Arsenal untuk menang piala

Penyerang Lille, Gervinho mendakwa perpindahannya ke Arsenal hanya tinggal beberapa perkara untuk diselesaikan dan menyatakan kehadiran beliau ke Gunners adalah untuk menjulang piala.

Penyerang kebangsaan Ivory Coast itu dikatakan akan ke London selepas membantu Lille menjuarai Liga Perancis dan ianya akan memberi semangat kepada penyokong Arsenal yang ketagih kejuaraan selama 6 tahun.

“Saya pilih Arsenal kerana ianya kelab yang pemainnya muda dan ianya akan memudahkan saya untuk menyesuaikan diri,” katanya.

Sebelum ini Arsenak menawarkan £7 juta untuk mendapatkan penyerang ini namun ditolak tetapi selepas perbincangan antara kedua – dua kelab, pemain tersebut dijangka akan berpindah dalam masa yang terdekat.

No comments:

Post a Comment