Thursday, July 7, 2011

Man Utd buat tawaran £20j kepada Van der Vaart

Manchester United membuat kejutan dengan menawarkan £20 juta kepada Tottenham untuk mendapatkan khidmat Rafael van der Vaart dengan Harry Redknapp menghadapi masalah untuk mengekalkan pemain bintangnya.

Pemain kebangsaan Belanda itu antara nama besar di White Harte Lane yang dikaitkan akan meninggalkan kelab termasuk Luka Modric dan Gareth Bale. 

Sumber dari Old Trafford berkata Sir Alex Ferguson mahu menjadikan Van der Vaart sebagai pemain keempat yang dibelinya pada musim panas ini sekali gus menjadikan jumlah perbelanjaan sebanyak £70juta setakat ini.

Van der Vaart melihat isu rakannya, Bale dan Modric yang dikhabarkan akan meninggalkan kelab menjadikan beliau percaya bahawa Tottengam bukan lagi kelab yang serasi dengan impiannya.

Penghijrahan Van der Vaart ke United akan menyaksikan Dimitar Berbatov bakal mengangkat kaki dari Old Traffor dengan Paris St Germain menjadi pilihan utama.

1 comment: