Saturday, July 9, 2011

Dalglish gembira miliki Adam


Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish gembira dengan kehadiran Charlie Adam di Anfield dan beliau percaya bekas ketua pasukan Blackpool ini mampu memberikan impak yang tinggi kepada The Reds.

Dalglish berharap Adam dapat meneruskan aksi cemerlang beliau bersama the Seasiders musim lepas untuk membantu Liverpool bersaing pada musim akan datang. “Kami cuba mendapatkan Charlie pada Januari tetapi Blackpool mahu mengekalkannya yang mungkin boleh difahamkan kerana mereka mahu meneruskan perjuangan dalam liga.

Kami mahu melihat Charlie berjaya di sini. Beliau memberikan banyak sumbangan kepada Blackpool musim lepas. Liverpool berjaya mengikat Glen Johnson dan John Flanagan baru  – baru ini dalam memastikan pemain utama mereka kekal di Anfield.

Sumber

No comments:

Post a Comment