Thursday, July 7, 2011

Liverpool berjaya bawa Adam

Liverpool melengkapkan perpindahan Charlie Adam dari Blackpool dipercayai dengan nilai yuran sebanyak £7juta. Adam hampir berjaya menyertai Liverpool pada lewat perpindahan Januari lalu namun Bloomfield Road mengesahkan pemain tersebut akan kekal di situ sehingga tamat musim.

Bagaimanapun beliau dijangka akan berpindah pada musim panas ini dan pemain tengah itu sangat gembira selepas berjaya menyelesaikan perpindahan tersebut. “Saya sangat berbesar hati berada di sini,” kata Adam.

“Ia merupakan satu proses yang lama dan kini saya tidak sabar untuk bermula dan harap agar ia menjadi tempoh yang berjaya buat karier bola sepak saya dan juga sejarah kelab. Liverpool merupakan kelab yang hebat dengan pemain yang hebat dan pengurus yang hebat.

Kenny sangat dihormati oleh pemain dan orang ramai. Saya lihat ianya merupakan perkembangan yang sempurna buat karier saya untuk berada di sini, bermain dengan pemain yang hebat dan saya harap agar kelab berjaya memenangi trofi.

Sumber

No comments:

Post a Comment