Saturday, July 2, 2011

Man Utd mahu penyerang £20j Chelsea

Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan Daniel Sturridge dan bersedia untuk melancarkan tawaran yang luar biasa untuk penyerang tersebut.

Sir Alex Ferguson dikatakan meminati pemain berusia 21 tahun itu dan melihat beliau sebagai bakal penyerang England bersama – sama Danny Welbeck.

Masa depan Sturridge di Stamford Bridge adalah samar dengan Chelsea mahu membaiki barisan serangan mereka.

Setakat ini United telah berjaya membawa Jones, Young dan De Gea dan kini hanya penyerang yang menjadi buruan selepas Berbatov dikhabarkan akan dilepaskan.

No comments:

Post a Comment