Monday, June 13, 2011

Vidic Mahu Kekal Bersama Man Utd

Agen ketua pasukan Manchester United, Nemanja Vidic menafikan bahawa pemain itu mahu meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini.

Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu dilaporkan bakal meninggalkan arena bola sepak England dengan Juventus sebagai destinasi utama untuk pemain kebangsaan Serbia ini.

Bagaimanapun, agennya, Silvano Martina menolak spekulasi tersebut dengan menegaskan beliau masih mahu kekal bersama Red Devils.

"Saya berkata dengannya mengenai spekulasi tersebut dan beliau menjawab yang beliau merupakan ketua pasukan Manchester United, bermain baik dan hampir memenangi semua kejuaraan. Kenapa saya perlu ke Itali."

Vidic menyertai United dari Spartak Moscow pada 2006 dan menandatangani kontrak empat tahun Ogos lepas bersama United selepas beliau dikhabarkan mahu meninggalkan kelab dengan Real Madrid menjadi sasaran. 

Vidic membantu United menjuarai Liga Perdana selain membawa kelab itu ke final Liga Juara - Juara.

No comments:

Post a Comment