Sunday, June 12, 2011

Terengganu juara Piala FA

Terengganu berjaya merangkul Piala FA selepas menundukkan Kelantan 2-1 menerusi masa tambahan.

Ahmad Nordin Alias menjadi wira Terengganu selepas menjaringkan gol emas pada minit ke-109 sekali gus menghadiahkan trofi bernilai buat pasukan tersebut.

Perlawanan sebelum itu terikat 1-1 dengan Kelantan mendahului menerusi gol Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan yang memaksa perlawanan berlanjutan hingga masa tambahan.

No comments:

Post a Comment