Wednesday, June 15, 2011

Nani pasang impian bermain bawah kendalian Mourinho


Pemain sayap Manchester United, Nani berkata beliau mempunyai impian untuk bermain di bawah kendalian pengurus Real Madrid, Jose Mourinho pada satu hari nanti.

Nani menyatakan yang beliau gembira berada di Old Trafford namun gembira sekiranya terdapat kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

"Saya gembira di Manchester United, tetapi ianya bagus mendengar ada kelab lain yang berminat. Adakah saya mahu bekerja di bawah Mourinho, Ya. Tetapi pada masa kini saya gembira di Manchester United. Ia merupakan musim yang positif bersama Untied dan musim terbaik saya."

Dengan Ashley Young dikhabarkan akan ke Old Trafford minggu depan dengan yuran perpindahan £16 juta, spekulasi mendakwa bahawa masa depan Nani menjadi tanda tanya.

Nani telah menyumbang 10 gol dan 18 bantuan gol musim ini selain dipiliah sebagai pemain terbaik tahunan kelab tersebut.

No comments:

Post a Comment