Sunday, June 12, 2011

Hernandez Mahu Kekal Bersama Man Utd


Penyerang Manchester United, Javier Hernandez menegaskan beliau akan setia dengan Sir Alex Ferguson yang membawanya ke Old Trafford pada musim panas lepas.

Hernandez pada mulanya tidak dikenali di luar Mexico, namun selepas Ferguson membelianya dengan bayaran £6juta dari Guadalajara,beliau telah mula mengukir nama.

20 gol yang dijaringkan olehnya pada musim pertama di Old Trafford bagi membantu United menjuarai liga dan mara ke final Liga Juara - Juara merupakan satu kejayaan.

Aksi cemerlangnya menarik minat Real Madrid yang sedang memburu penyerang berkualiti namun Chicharito hanya melihat masa depannya bersama United dengan Ferguson sebagai sebab utama.

"Saya sangat bermotivasi selepas musim yang hebat bersama United," kata Hernandez. "Bermula dari sekarang, saya berhutang besar dengan Ferguson yang membawa saya ke Eropah."

"Impian saya tidak berubah. Saya mahu menjuarai berbagai kejuaraan untuk membalas jasa kelab yang membuka peluang kepada saya."

No comments:

Post a Comment