Thursday, June 16, 2011

Spurs Tolak Tawaran Chelsea?

Chelsea membuat tawaran £22 juta terhadap pemain tengah Totteham, Luka Modric tetapi ditolak oleh kelab Utara London itu.

Tawaran yang ditolak oleh Spurs dalam tempoh dua jam itu dijangka akan memaksa Chelsea untuk kembali dengan meningkatkan lagi nilai tawaran.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich mahu mengembalikan kekuatan di Stamford Bridge selain mahu mengurangkan umur purata pemain selepas musim yang mengecewakan di mana The Blues tewas di tangan Manchester United dalam Liga Juara - Juara dan Liga Perdana.

Harry Redknapp menegaskan sebelum ini bahawa perancang utama mereka itu bukan untuk dijual. Sementara itu, Modric dikatakan berminat untuk bermain Liga Juara - Juara Eropah selepas Tottenham gagal melayakkan diri.

"Saya pemain Tottenham dan akan berada di London pada 7 Julai ini untuk latihan pra-musim. Tetapi saya mahu mengatakan bahaw perpindahan mungkin berlaku kemudian."

Modric menyertai Tottenham dari Dynamo Zagreb pada 2008 dengan yuran berjumlah £16 juta.

No comments:

Post a Comment