Thursday, June 16, 2011

Sanchez Jadi Sasaran Man. United

Selepas spekulasi mengatakan Manchester City bakal menandatangani pemain sayap Udinese, Alexis Sanchez, laporan baru mengatakan Manchester United sedia untuk berbincang dengan kelab Seria A itu untuk membawa pemain tersebut ke Old Trafford.

Ketua eksekutif United, David Gill dimaklumkan berjumpa dengan pemilik Udinese, Gino Pozzo di Barcelona untuk cuba mengalih tumpuan pemain ke kelabnya yang turut diminati Barcelona dan Inter Milan.

Bagaimanapun nilai sebenar pemain kebangsaan Chile ini masih menjadi tanda tanya dengan terdapat laporan menyatakan beliau bernilai £35 juta namun ada juga yang meletakkan £44 juta sebagai nilai sepadan.

Bagaimanapun Man City tidak mahu membayar melebihi £27 juta untuk mendapatkan khidmat pemain sayap ini. Sekiranya United serius untuk membawa Sanchez, ini bermakna pembelian Ashley Young mungkin lebih menjadi tanda tanya.

Situasi ini memberi alternatif kepada United yang mungkin akan menjual Nani bagi mendapatkan dana yang lebih banyak untuk membawa pemain baru. 

No comments:

Post a Comment