Thursday, June 16, 2011

Hiddink Sah Jadi Pengurus Chelsea Minggu Depan

Guus Hiddink akan menjadi pengurus Chelsea minggu depan kerana beliau satu - satunya calon yang sesuai di mata Roman Abramovich.

Hiddink menjadi masalah untuk di bawa ke Stamford Bridge selepas sedikit konflik berlaku antara pemilik dari Rusia itu dengan persatuan bolasepak Turki. Bagaimanapun Hiddink tetap pilihan utama Abramovich.

Untuk mengembalikan Jose Mourinho merupakan sesuatu yang tidak realistik sementara Mark Hughes telahpun menguruskan kelab berprofil tinggi. 

The Blues mencari pengurus yang mempunyai pengalaman seperti Hiddink. Hiddink sentiasa menjadi sasaran utama dengan Abramovich dikatakan berminat untuk membeli Arda Turan yang turut mendapat perhatian Newcastle dan Tottenham.

Pemain berusia 22 tahun itu telah mempamerkan aksi memberangsakan semasa bermain di bawah Hiddink di Turki dengan nilai £18 juta menjadi taruhan kepada Hiddink membawa pemain pertamanya.


No comments:

Post a Comment