Thursday, June 9, 2011

Phil Jones Sah Berpindah Ke Manchester United

Phil Jones telah melengkapkan perpindahan ke Manchester United sebelum kembali bersama skuad bawah-21 England.

Jones, 19 bermain 24 perlawanan untuk Blackburn musim lepas dan disebutkan sebagai pemain muda berkebolehan tinggi. Dengan kemampuan bermain sebagai pertahanan kanan atau tengah mahupun sebagai pemain tengah, beliau menjadi pasangan utama bersama Chris Smalling untuk membawa saingan England bawah-21.

Pembelian ini dilaporkan sebanyak £16juta dimana ianya lebih £4juta daripada yuran perpindahan yang dibayar United untuk membawa Smalling ke Old Trafford dari Fulham tahun lepas.

Sebelum pengumuman beliau mahu menyertai United, beliau telah dikaitkan untuk berhijrah ke Liverpool yang berjaya mendapatkan Henderson yang juga diminati United.

No comments:

Post a Comment