Friday, June 10, 2011

Perancis Atasi Poland Hasil Gol Sendiri

WARSAW – Gol sendiri pada separuh masa pertama memberikan pasukan cubaan Perancis kemenangan 1-0 ke atas penganjur bersama Euro 2012, Poland dalam perlawanan persahabatan di sini.

Poland bermula garang dengan pemain tengah yang dilahirkan di Perancis, Ludovic Obraniak, beraksi baik namun kesilapan Tomasz Jodlowiec menyebabkan gawang sendiri bocor pada minit ke-12.

Pasukan bimbingan Franciszek Smuda bangkit semula pada separuh masa pertama tetapi Perancis bertahan untuk memberikan pasukan kendalian Laurent Blanc kejayaan dalam perlawanan persahabatan kedua selepas kemenangan 4-1 ke atas Ukraine Isnin lalu. – Reuters

Sumber

No comments:

Post a Comment