Tuesday, June 7, 2011

Hiddink Pengurus Baru Chelsea?

Frank Lampard berkata beliau mengharapkan Guus Hiddink akan dilantik sebagai pengurus baru di Chelsea dalam beberapa hari lagi.

Jurulatih Turki, Hiddink menjadi calon utama untuk kembali ke Stamford Bridge dan spekulasi yang menyatakan beliau akan menamatkan kontrak kebangsaan semakin menjadi selepas pasukannya seri 1-1 dengan Belgium.

Kini, bapa kepada pemain tengah Frank Lampard berkata Hiddink adalah calon terbaik untuk menggantikan Carlo Ancelotti dan perjanjian perlu diselesaikan segera supaya beliau mempunyai lebih banyak masa untuk mengubah nasib kelab.

"Kini adalah masa yang sibuk. Ia merupakan masa yang penting untuk kamu mendapatkan pemain dalam dua hingga tiga minggu lagi. Saya rasa Chelsea akan melantik seseorang lebih awal. Saya rasa Hiddink adalah calonnya."

No comments:

Post a Comment