Thursday, June 2, 2011

Palermo Tidak Akan Menjual Pastore ke Chelsea

Presiden Palermo, Maurizio Zamparini memaklumkan kelab menolak tawaran Chelsea untuk mendapatkan Javier Pastore.

The Blues bersungguh - sungguh ingin bersaing merebut gelaran liga musim depan dengan pemain muda Brazil, Neymar menjadi sasaran utama. Bagaimanapun, mereka turut berminat dengan pemain tengah berusia 21 tahun, Pastore untuk menguatkan lagi barisan pemain mereka.

"Chelsea merupakan kelab yang membuat tawaran utama kepada kami," kata Zamparini. "Tetapi ianya tidak setanding dengan kualiti pemain tersebut."

"Jika seseorang mahu membeli Pastore, harganya ialah £44 juta. Terdapat lima atau enam kelab yang berminat termasuk Man City dan kelab besar dari Sepanyol dan Itali tetapi setakat ini tiada apa - apa dari mereka."

Pastore menjaringkan 11 gol dari 35 perlawanan liga musim lepas dan akan dijual oleh kelab bagi menstabilkan akaun mereka.

No comments:

Post a Comment