Friday, June 3, 2011

Casillas : Real Madrid Mampu Tewaskan Manchester United

 Penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas mendakwa mereka mampu menewaskan Manchester United sekiranya berjaya melangkah ke final Liga Juara - Juara Eropah.

Madrid tunduk kepada Barcelona pada separuh akhir dan mengakui sikap pemain Barcelona dan pengadil menjadi penyumbang kepada kekalahan mereka di Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun pemain Sepanyol itu berkata negaranya mempunyai dua kelab terbaik dunia dan mereka juga sepatutnya layak untuk berada di London untuk aksi final.

"Jika Madrid bermain di final menentang Manchester United, kami akan menewaskan mereka," kata Casillas. "Saya tahu siapa yang menang dalam perlawanan separuh akhir antara Madrid dan Barca akan mejadi juara. Kami adalah dua pasukan terkuat di Eropah."

Madrid menjulang Copa del Rey selepas menewaskan Barcelona sekali gus menafikan mereka untuk menjulang trebel musim ini.


No comments:

Post a Comment