Wednesday, June 1, 2011

De Gea Nafi Akan Berpindah ke Man Utd

Penjaga gol Atletico Madrid, David de Gea menafikan yang beliau akan berpindah ke Manchester United dan menegaskan yang beliau akan menyambung kontrak bersama kelabnya itu.

United memaklumkan baru - baru ini yang beliau akan mendapatkan khidmat De Gea bagi menggantikan Edwin van der Sar yang akan bersara dengan Sir Alex Ferguson yakin bahawa perpindahan tersebut akan selesai pada minggu depan.

Tetapi penjaga gol berusia 20 tahun itu menegaskan yang beliau tidak akan membuat keputusan berhubung masa depannya sehingga kejohanan Eropah bawa 21 tahun tamat. Spain akan bermain dengan England pada peringkat kumpulan dengan perlawanan akhir akan tamat pada hujung bulan Jun.

Kenyataan dari wakil De Gea menyatakan : "De Gea tidak akan menyambung kontrak bersama Atletico atau sebarang tawaran sehingga 30 Jun apabila beliau menamatkan kejohanan Eropah bawah 21."

Laporan menyatakan United setuju dengan yuran perpindahan sebanyak £17 juta untuk De Gea yang bersama skuad bawah 17 tahun Spain yang menjuarai kejohanan Eropah namun masih belum menyertai skuad senior yang perlu bersaing dengan Iker Casillas dan Pepe Reina.

No comments:

Post a Comment