Sunday, June 12, 2011

Nasri Tidak Minat Untuk Kekal Bersama Arsenal

Samir Nasri memaklumkan beliau mungkin tidak akan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal selepas kelab itu enggan menaikkan jumlah gajinya.

Nasri yang hanya mempunyai baki kontrak satu tahun akan meninggalkan Arsenal secara percuma musim depan dan The Gunners tidak mempunyai pilihan selain menjualnya sebelum tamat bulan Ogos ini.

Nasri dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United bulan lepas dan pemain utama The Gunners itu menafikan untuk menolak tawaran daripada salah satu musuh utama Arsenal itu.

"Saya tidak tahu jika saya akan menandatangani kontrak baru," kata Nasri. "Apa - apapun perbincangan masih dijalankan. Buat masa ini saya tidak memikirkan perkara ini. Kita akan bincang mengenainya selepas pertemuan dengan Poland."

No comments:

Post a Comment