Saturday, June 11, 2011

Dalglish Ingin Bawa Clichy ke Anfield

Pengarah bola sepak Liverpool, Damien Comolli berjanji kepada penyokong kelab bahawa akan ada lebih banyak aktiviti perpindahan musim panas ini dan akui kelab membuat tawaran £5 juta untuk membawa pemain pertahanan Arsenal, Gael Clichy.

The Reds telah berjaya membawa pemain tengah England, Jordan Henderson dari Sunderland dengan yuran sebanyak £16. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan pembelian ketiga terbesar Liverpool di bawah Kenny Dalglish dengan Andy Carroll dan Luis Suarez pada Januari.

Kini Comolli berkata ianya akan lebih banyak berlaku dengan Liverpool bersungguh mahu mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

Liverpool telah pun terlepas peluang membeli Phil Jones dan Ashley Young yang akan menyertai Manchester United tetapi nama seperti Connor Wickham, Charlie Adam dilaporkan bakal ke Anfield dalam masa terdekat.

Clichy hanya berbaki setahun kontrak bersama Arsenal dengan Arsene Wenger dijangka akan menawarkan kontra baru bagi mengkalkan beliau di Emirates.

No comments:

Post a Comment