Saturday, June 25, 2011

Man Utd sedia beli Cavani

Sumber dari Itali memaklumkan Sir Alex Ferguson akan bersaing dengan Man City dan Real Madrid untuk mendapatkan khdimat penyerang Napoli, Edinson Cavani.

Penyerang Uruguay itu menjaringkan 33 gol pada musim lepas untuk membantu pasukannya layak ke Liga Juara – Juara Eropah namun dikaitkan akan meninggalkan Stadio San Paolo pada musim panas ini.

Dengan Dimitar Berbatov berkemungkinan ke PSG, Ferguson hanya mencari pengganti yang lebih bagus atau mengekalkan Berbatov. Berbatov yang menamatkan musim ini dengan memenangi penjaring terbanyak gagal menyaingi Javier Hernandez dan Wayne Rooney.

Sementara itu, Manchester City dikhabarkan akan cuba menewaskan United dalam perebutan itu dengan sumber kewangan mereka yang lebih banyak tetapi Cavani mungkin lebih gemar ke Old Trafford.


1 comment:

  1. banyak sungguh gosip2 liar smp tak tahu yang mana

    ReplyDelete