Friday, June 24, 2011

Falcao mahu ikut Villas-Boas ke Chelsea

Penyerang utama Porto yang bernilai £25juta, Falcao mahu bekas pengurusnya Andre Villas-Boas membawanya bersama – sama ke Chelsea.
Falcao adalah sasaran utama Andre Villas-Boas yang mahu membina semula Chelsea dengan beberapa pemain dijangka akan dijual.
Penyerang Colombia itu membuka jalan untuk berhijrah dengan memaklumkan beliau meninggalkan perkara tersebut kepada agennya.
“Jika Chelsea berminat dengan saya, jadi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah perbicangan,” katanya. Bagaimanapun penyerang ini hanya akan dilepaskan kelab sekiranya tawaran sekuranya – kurang £25juta seperti yang terdapat di dalam kontrak.
Beliau telah menjaringkan 73 gol dalam 85 perlawanan bersama Porto iaitu kelab yang ditinggalkan Villas-Boas sebelum ke Stamford Bridge selepas Roman Abramovich membayar wang pampasan sebanyak £13.2juta.

No comments:

Post a Comment