Monday, June 27, 2011

Man Utd sedia £45juta buat Nasri dan Cavani

Manchester United telahpun membelanjakan £32juta pada musim panas ini tetapi ianya tidak akan menghalang mereka dari terus berbelanja besar.

Red Devils tidak membuang masa sebaik sahaja tempoh perpindahan dibuka dengan membeli pertahanan muda Blackburn, Phil Jones diikuti pembelian pemain sayap Aston Villa, Ashley Young dengan harga £15juta.

Laporan terbaru mengatakan United telah menyediakan £20juta buat Samir Nasri yang enggan menyambung kontraknya yang hanya berbaki satu tahun di Emirates. Ini akan memaksa Wenger menjualnya sebelum pemain tersebu berpindah secara percuma musim depan.

Selain itu, penyerang Napoli, Edinson Cavani yang mempunyai rekod cemerlang di Liga Itali dengan 26 gol musim lepas turut menjadi tumpuan Sir Alex Ferguson yang berbelanja luar biasa pada musim panas kali ini bagi memastikan kuasa mereka kekal di England.

No comments:

Post a Comment