Tuesday, June 28, 2011

De Gea Sah Milik Manchester Utd

Penjaga gol, Atletico Madrid David de Gea dilaporkan sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Manchester United dan pemain ini dijangka akan menjadi pemain Old Trafford dalam masa terdekat.

Penjaga gol berusia 20 tahun ini telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford dan berikutan kejayaannya pada kejohanan Eropah bawah 21 tahun, beliau kini dalam proses melengkapkan penghijrahan bernilai £17.8juta.

Sementara itu, penjaga gol Liverpool Pepe Reina mengalu – alukan kedatangan De Gea ke England. “Saya sangat mengalu – alukan berita ini kerana David merupakan penjaga gol yang hebat. Apabila perjanjian selesai,beliau akan buktikan bahawa beliau penjaga gol yang bernilai di Liga Perdana.”

De Gea hadir bagi menggantikan Edwin van der Sar yang telah bersara selepas enam tahun bersama United dengan memenangi 4 gelaran liga, Liga Juara – Juara dan Piala Liga.

No comments:

Post a Comment