Friday, June 24, 2011

Liverpool sedia jual Raul Meireles

Bekas pemain tengah Porto gembira dengan musim pertamanya di Anfield dengan memenangi Pemain Terbaik Tahunan PFA tetapi beliau kini hanya dilihat sebagai pemain gantian hanya selepas setahun di Liverpool.
Roy Hodgson membayar £11juta untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Portugal ini pada musim lepas tetapi Meireles dilihat berjaya memainkan peranan penting sejak kendalian Kenny Dalglish.
Bagaimanapun, Dalglish lebih gemar untuk mendapatkan pemain Inggeris bagi persiapan musim depan dan sekali gus Meireles terpaksa dikorbankan bagi mendapatkan dana untuk membeli Stewart Downing dan Connor Wickham.
Juventus dimaklumkan telahpun membuat tawaran dengan penukaran pemain iaitu Felipe Melo. Namun Dalglsih menolak dan meminta bayaran sebanyak £13.5juta sekurang – kurangnya untuk membawa Meireles ke Itali.
Dengan Jordan Henderson telahpun menandatangani kontrak bersama Liverpool, The Reds pada hakikatnya mempunyai pemain tengah yang ramai dan pemergian Meireles mungkin mengecewakan peminat Liverpool.

No comments:

Post a Comment