Wednesday, June 22, 2011

Young semakin hampir ke Old Trafford

Pemain sayap Aston Villa, Ashley Young semakin hampir untuk menyertai Manchester United selepas dilaporkan sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan di Carrington.

Pemain kebangsaan England itu yang telah bersetuju dengan kontrak peribadi bersama kelab dikatakan dibeli dengan nilai £15 juta.

Pemain berusia 25 tahun itu dipercayai menolak tawaran kontrak dari Villa Park untuk berhijrah ke Old Trafford dan sekiranya perjanjian ini selesai, Young akan menjadi pemain kedua dibeli United selepas Phil Jones dibeli dengan nilai £16.5 juta.

Selain itu, Sir Alex Ferguson turut bakal membelanjakan wang bagi mendapatkan David de Gea dari Atletico Madrid sebaik sahaja penjaga gol itu pulang dari kejohanan Euro bawah 21 tahun.

No comments:

Post a Comment