Thursday, June 16, 2011

Liverpool Sasar Dapatkan Gago

Agen Fernando Gago berkata Liverpool merupakan kelab terbaik buat pemain tengah Real Madrid itu untuk meneruskan kariernya selepas hanya menjadi pemain tambahan di Santiago Bernabeu.

Pengarah strategi bolasepak Liverpool, Damien Comolli dipercayai telah memulakan perbincangan terhadap pemain tersebut dengan wakil Gago, Marcelo Lombilla menyatakan berhubung perpindahan pemain tersebut.

Gago dilihat tidak ada dalam senarai perancangan Jose Mourinho untuk musim baru dan dilaporkan beliau mahu ke Liverpool selepas berbincang dengan Xabi Alonso dan Alvaro Arbeloa berhubung kehidupan di Merseyside.

"Gago perlu bermain dan Liverpool merupakan kelab terbaik untuknya. Fernando mahu kembali ke padang dan bermain pada prestasi tinggi di mana ianya mustahil berlaku di Real Madrid."

Real dikatakan mahu £15 juta untuk pemain tersebut namun Liverpool lebih selesa denga tawaran £10 juta selepas menghabiskan £16 juta untuk Jordan Henderson.


No comments:

Post a Comment