Monday, June 6, 2011

Joe Cole Akan ke Tottenham Musim Depan?

Joe Cole dilaporkan akan meninggalkan Liverpool selepas hanya satu musim di Anfield untuk menyertai Tottenham dengan yuran perpindahan sebanyak £3 juta.

Cole disifatkan sebagai pemain terbaik yang dimiliki Liverpool musim panas lepas setelah meninggalkan Chelsea secara percuma namun gagal mempamerkan aksi memberansangkan bersama The Reds.

Cole dikatakan akan kembali bersama pengurus lamanya, Harry Redknapp di Tottenham untuk menamatkan karier bola sepaknya. Redknapp menjadi pengurus West Ham ketika Cole beraksi buat pertama kali dalam skuad senior.

Cole hanya bermain sembilan kali buat kesebelasan utama liga Liverpool selain 11 perlawanan di masukkan sebagai peman gantian pada musim yang beliau turut mengalami kekerapan kecederaan.

Liverpool yang membawa Cole dengan bayaran gaji £90,000 seminggu dilihat menjadi beban kepada Liverpool sekali gus menjadi pilihan utama untuk meninggalkan Anfield yang di bawah kendalian Kenny Dalglish. Beliau telah menelan belanja Liverpool sebanyak £4.1 juta iaitu £2,470 untuk setiap 1,662 minit yang dimain.

1 comment:

  1. kembali semula ke london. poor joe cole..adakah bermakna spurs nak jual modric ke MU?

    ReplyDelete