Tuesday, June 28, 2011

Chelsea tawar £7juta + Drogba untuk Arda Turan

Galatasaray akan membenarkan Arda Turan menyertai Chelsea dengan tawaran £7juta + Didier Drogba.

Dengan sasaran Stamford Bridge tersebut bernilai £18 juta, ianya bermaksud nilai Drogba adalah sekitar £11juta.

Pemain sayap kiri yang berumur 24 tahun ini merupakan peminat setia Liverpool tetapi Chelsea merupakan kelab utama yang memburu pemain kebangsaan Turki ini seperti yang dicadangkan oleh Guus Hiddink.

Pengurus Chelsea baru, Andre Villas-Boas mahu melepaskan Drogba pada harga yang tepat dan penyerang berusia 33 tahun itu akan melihat sama ada Chelsea akan membelanjakan dana untuk membeli penyerang baru atau sebaliknya.

Falcao disebut – sebut mahu mengikut jejak langkah Villas-Boas selain turut meminati Alexis Sanchez. Drogba pada masa kini perlu bersaing tempat bersama – sama Fernando Torres dan Nicolas Anelka.

1 comment: