Tuesday, June 28, 2011

Arsenal sudah sedia jual Fabregas

Arsenal telah bersedia untuk melepaskan ketua pasukan mereka, Cesc Fabregas pada musim panas ini. Pada musim panas lepas, The Gunners menolak dua tawaran dari Barcelona dan yang terkini iaitu minggu lepas, mereka menolaka tawaran £27juta dari Nou Camp.

Bagaimanapun Fabregas tidak menyembunyikan hasratnya untuk kembali menyarung jersi Barca dan Arsenal dilihat sedia untuk mendapatkan tunai dengan menjual pemain kebangsaan Sepanyol tersebut.

Sementara itu, penjaga gol Barca, Victor Valdes menyifatkan pembelian Fabregas meruapakan satu tindakan yang bagus, manakala Presiden kelab, Sandro Rosell berkata harga Fabregas telah susut berbanding musim lepas.


No comments:

Post a Comment