Friday, June 3, 2011

Van Persie Kritik Pemain Chelsea dan Sepanyol

Penyerang Arsenal, Robin van Persie melancarkan kritikan terbuka terhadap pemain Chelsea dan Sepanyol, mengingatkan mereka supaya tidak memprovok pengadil sebaliknya fokus terhadap permainan.

Van Persie berkata beliau tidak paham kenapa ada pemain yang sentiasa mahu meletakkan pengadil di bawah tekanan dan mengkritik tindakan Barcelona ketika dalam pertemuan mereka di Liga Juara - Juara.

Bagaimanapun, kritikan pedas van Persie itu turut melibatkan Chelsea yang disifatkan mengamalkan tabiat yang serupa.

"Mereka sentiasa pergi ke pengadil dan memaksa agar pihak lawan mendapat kad. Mereka mencuba untuk menjatuhkan pemain lain. Tabiat tersebut sangat menjelikkan saya," kata van Persie.

"Mereka yang menonton perlawanan menerusi televisyen dan penyokong pasti tidak mahu melihat perkara seperti ini. Sekiranya kamu mahu membuat aduan, kamu sepatutnya pergi ke kedai roti atau tempat lain. Di sana sentiasa ada orang yang mahu berdebat."

"Pemain Chelsea sentiasa memprovok pengadil. Saya tidak boleh memahaminya. Hanya diam dan fokus dengan perlawanan."

No comments:

Post a Comment