Sunday, May 22, 2011

Ronaldo Berjaya Memecahkan Rekod

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memecahkan rekod gol dalam satu musim di Liga Perdana Sepanyol dengan 40 gol selepas membelasah Almeria 8-1.

Ronaldo memerlukan lima minit untuk memecah rekod jaringan ketika perlawanan terakhir Real Madrid musim ini menentang pasukan yang telahpun terkeluar liga, Almeria.

Rekod tersebut menafikan rekod yang dipegang selama ini oleh Hugo Sanchez pada musim 1989-90 dan Telmo Zarra pada musim 1959-60.

Ronaldo yang menjaringkan sembilan gol dalam tiga perlawanan terakhir melengkapkan jumlah gol peribadi sebanyak 53 dalam semua kejohanan untuk musim ini.

No comments:

Post a Comment