Sunday, May 22, 2011

Manchester United Masih di Belakang Liverpool

Kenny Dalglish memerli Manchester United dengan berkata kepada musuh ketat Liverpool itu : Datang semula apabila kamu memenangi lima kejuaraan Eropah.

Anak buah Sir Alex Ferguson menjulang kejuaraan ke-19 di Blackburn Sabtu lepas. Kini Dalglish mengingatkan United yang akan ke Wembley untuk perlawanan final Liga Juara - Juara Eropah menentang Barcelona bahawa mereka masih dibelakang Liverpool dalam rekod Eropah.

Dalglish berkata beliau tidak lihat kain rentang "MUFC ke-19" yang dibentang di Anfield minggu lepas tetapi bekata : "Jika penyokong United boleh membentangkan kain rentang di Anfield, jadi mungkin kami perlu bawa lima kejuaraan Eropah kami ke Old Trafford musim depan."

"Saya tidak kisah apa yang United fikirkan. Kelab ini sentiasa menjadi kelab terpenting kepada jutaan peminat seluruh dunia."

Liverpool telah pun memperolehi piala Liga Juara - Juara Eropah untuk diletakkan di Anfield kerana memenangi lima kali dalam kejohanan tersebut.

No comments:

Post a Comment