Blackpool tersingkir dari Liga Perdana Inggeris dengan kurang hanya satu mata selepas tumpas 4-2 di tangan Manchester United di Old Trafford.
Selain itu, Birmingham turut tersingkir dengan perbezaan satu mata selepas Tottenham menumpaskan mereka 2-1 sekali gus memastikan Wolves kekal dalam Liga Perdana musim depan walaupun tewas 3-2.
Manakala Wigan pula meraikan kejayaan hebat menumbangkan Stoke 1-0 untuk kekal bersaing dalam liga. Sementara itu Liverpool bakal bersaing musim depan tanpa kejohanan peringkat eropah selepas menamatkan kejohanan di tangga ke-6 apabila tewas 1-0 kepada Aston Villa.
Manchester City pula mencuri tempat ketiga daripada Arsenal selepas menang 2-0 ke atas Bolton sementara Arsenal hanya seri 2-2 bersama Fulham.
Chelsea pula terus hambar dengan tewas 1-0 kepada Everton dan West Ham yang telahpun tersingkir dari liga menamatkan musim dengan hambar setelah tewas 3-0 kepada Sunderland.
Newcastle dan West Brom pula seri 3-3 sekali gus menjadikan Newcastle menamatkan musim di tempat ke-12.
No comments:
Post a Comment