Thursday, May 5, 2011

Pemain di Perancis Menjadi Pilihan Alan Pardew.


Pengurus Newcastle Alan Pardew mengintai pemain berbakat Perancis semasa musim panas ini.

Pardew telah memerhatikan gandingan defensif Toulouse yang bernilai £5 juta, Cheikh M'Bengue dan Franck Tabanou, kedua-dua pemain ini boleh beraksi di bek kiri.

Mereka mungkin menjadi pengganti untuk pemain Sepanyol, Jose Enrique — pemain sasaran untuk Liverpool dan Tottenham.

And Pardew turut sentiasa menghubungi Lorient dengan harapan dapat menyambar penyerang berpotensi besar dari Perancis, Kevin Gameiro 24 tahun untuk harga yang cukup berbaloi.

Pengurus Newcastle itu berkata: "Saya belum menetapkan jumlah tentang berapa ramai pemain yang saya mahu kerana ia bergantung kepada rundingan semula dengan pemain yang kami miliki.

"Joey Barton, Enrique dan Kevin Nolan kontrak mereka ini perlu diselesaikan – dan ada beberapa pemain yang tak saya sebut yang perlu kami pastikan."

Pardew mengesahkan Newcastle saling berhubung dengan beberapa kelab mengenai status perpindahan para pemain mereka.

No comments:

Post a Comment