Sunday, May 8, 2011

Fergie : Kejuaraan Milik Kami

Sir Alex Ferguson yakin Manchester United akan menjulang rekod kejuaraan Liga Perdana ke-19 sekiranya mereka menumpaskan Chelsea di Old Trafford Ahad ini.

Perlawanan tersebut akan menyaksikan Chelsea yang ketinggalan tiga mata dibelakang United berkemampuan mengambil alih kedudukan teratas liga dengan perbezaan gol sekiranya menang sebelum bertemu Newcastle dan Everton.

Ferguson terpaksa membuat pilihan untuk membuat lapan pertukaran ketika perlawanan separuh akhir Liga Juara - Juara Eropah bagi merehatkan beberapa pemain utama untuk menempuh The Blues yang menutip 25 mata dari 27 mata sebelum ini.

"Semua orang menanti perlawanan Ahad ini," kata Ferguson. "Jika kami menang, kami akan menjuarai liga."

No comments:

Post a Comment