Thursday, May 5, 2011

Kisah Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011

Manchester United akan berdepan Barcelona di final Liga Juara-juara.

Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho yang dikenakan hukuman penggantungan hanya  menyaksikan perlawanan dari bilik hotel beliau ketika Barca menang 3-1 secara agregat.

Dan Cristiano Ronaldo mungkin berdepan hukuman UEFA selepas merungut: "Mereka yang mengetahui tentang bola sepak cukup tahu Barca sangat dilindungi. Tapi kamu hanya terpaksa meneruskan hidup dengan ketidakadilan ini."

Bekas bintang United itu turut mengulas mengenai Javier Mascherano, yang acapkali mudah merebahkan badan bila dikasari.

Ronaldo menambah: "Mascherano tak berperangai begini di Liverpool. Dia belajar segala helah penipuan di Barcelona."

Jaringan Pedro membuatkan Real tersingkir walaupun Marcelo menyamakan kedudukan.

Namun midfielder Madrid, Xabi Alonso mendakwa gol yang tidak disahkan dari Gonzalo Higuain yang meletakkan pasukannya mendahului perlawanan selepas 47 minit telah mengubah keseluruhan keputusan perlawanan.

Alonso membidas: "Jika gol itu dibenarkan – kerana ia berhak dibenarkan – ia pasti akan berbeza."

No comments:

Post a Comment