Sunday, May 8, 2011

Nani : Chelsea takutkan kami

Nani mendakwa Manchester United takutkan faktor Chelsea menjelang pertemuan penting Ahad ini di Old Trafford yang akan menentukan juara liga musim ini dan menegaskan ianya lebih penting berbanding Barcelona.

United berpeluang merangkul kejuaraan liga dan Liga Juara - Juara musim ini dan kemenangan ke atas The Blues sudah hampir pasti mengesahkan kejuaraan liga mereka sebelum menanti kunjungan Barca di Wembley.

Anak buah Sir Alex Ferguson telahpun berjaya mengatasi Chelsea dalam dua perlawanan Liga Juara - Juara dan Nani percaya ianya memberi kepercayaan pada Ahad ini.

Kekalahan United akan menyaksikan Chelsea merampas kedudukan teratas liga dengan perbezaan gol namun Nani tetap yakin bahawa tekanan berada pada Chelsea.

"Keputusan menentang mereka dalam Liga Juara - Juara Eropah sangat bagus dan saya rasa ianya memberikan kelebihan psikologi kepada kami," kata Nani.

"Kami hanya perlu fokus pada bola sepak kami dan menang perlawanan. Jika kami lakukannya, semuanya akan berjalan lancar. Kami mempunyai peluang yang besar."

United bakal kembali mendapatkan khidmat Wayne Rooney sementara keputusan FA melantik Howard Webb sebagai pengadil perlawanan turut mampu memberi kelebihan buat United.

No comments:

Post a Comment