Sunday, May 8, 2011

Mourinho Digantung Lima Perlawanan

Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho digantung lima perlawanan oleh UEFA dan didenda €50,000 atas kritikan terhadap badan tersebut daan Barcelona berikutan kekalahan di Bernabeu dalam separuh akhir Liga Juara - Juara Eropah.

Mourinho mendakwa Barcelona menjadi pilihan pegawai UEFA dan diberikan kelebihan dalam perlawanan peringkat eropah untuk memberi ruang kepada Barca menjulang kejuaraan.

Sementara itu, bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Mourinho dan UEFA mengambil tindakan terhadap pengurus tersebut.

Lima perlawanan digantung dan ianya berbaki tiga perlawanan lagi kerana satu perlawanan semasa di Nou Camp dan satu lagi ketika dibuang padang di Bernabeu. Ini bermakna, sekiranya Mourinho kekal di Real, beliau akan terlepas semua tiga perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.

Selain itu, Pepe digantung satu perlawanan dan ianya telah terlaksana ketika di Nou Camp manakala Jose Pinto digantung tiga perlawanan dan ini bermakna beliau akan terlepas perlawanan final Liga Juara - Juara Eropah.

Real Madrid turut didenda €20,000 kerana sikap penyokong mereka ketika perlawanan kontrovesi tersebut.

No comments:

Post a Comment