Friday, May 13, 2011

Mancini Beranggapan Stoke Lebih Sukar Dari Man Utd

Roberto Mancini memberi amaran kepada pemainnya bahawa ujian SToke adalah lebih hebat dari ujian yang dihadapi menentang Manchetser United dalam persediaan perlawanan akhir Piala FA.

Manchester City berpeluang untuk menamatkan penantian 35 tahun tanpa trofi untuk menjulang Piala FA di Wembley namun perlu melepasi halangan Stoke terlebih dahulu.

''Sabtu ini lebih sukar dari Manchester United, kata Mancini. ''Stoke pasukan yang hebat dan kuat. Jika kami ingin menang, kami perlu bermain dengan baik.''

City telah pun mengesahkan diri untuk layak ke Liga Juara - Juara musim depan namun kejayaan menjulang Piala FA adalah lebih berharga kerana penyokongnya ketagih piala.

No comments:

Post a Comment