Saturday, May 14, 2011

Manchester United Juara EPL 2010/2011


Baru- baru ni JBS ada mengeluarkan artikel mengenai Man UTD yang menghampiri kejuaraan ke 19 dan Man UTD hendakalah sekurang kurangnya seri dalam dua perlawanan terakhirnya untuk menjadi juara. Man UTD sah begelar juara Liga Perdana Inggeris setelah tamat perlawanan antara Blackburn vs Man United di Stadium Ewood Park apabila keputusan memihak kepada Man United dengan keputusan seri 1-1 .

Gol pembukaan perlawanan oleh Brett Emerton pada separuh pertama merancakkan lagi semangat para pemain Man United dan akhirnyaWayne Rooney menjadi penyelamat maruah Man United dengan menjaringkan gol penalti pada separuh masa kedua selepas Javier Hernandez  dikasari oleh penjaga gol Blackburn, Paul Robinson.


Piala EPL akan disampaikan pada perlawanan akhir EPL semasa Man United menentang Blackpool di Old Trafford dan Sir Alex Ferguson boleh merehatkan pemain-pemain utamanya untuk bermain pada Final Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona pada 28 Mei di Stadium Wembley. 

No comments:

Post a Comment