Friday, May 13, 2011

Ancelotti Tidak Kisah Dipecat?

Carlo Ancelotti berkata beliau akan mencari penyelesaian lain tanpa masalah sekiranya dipecat hujung musim ini.

Ancelotti membawa The Blues menjuarai double musim lepas, namun dengan prestasi di Liga Juara - Juara yang tidak memberangsangkan dan semua percaya kegagalan beliau untuk menjulang Liga Perdana merupakan pilihan terakhir buat Roman Abramovich.

Ini bermakna, perlawanan Ahad ini menentang Newcastle merupakan perlawanan terakhir beliau di Stamford Bridge tetapi Ancelotti berkata, "Saya tidak mahu memikirkan mengenai perlawanan terakhir di laman sendiri. Saya hanya mahu melakukan yang terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong."

"Mereka memberikan sokongan penuh dan ia merupakan musim yang sukar buat mereka. Kami hanya perlu tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi di penghujung musim."

No comments:

Post a Comment