Saturday, May 21, 2011

Krisis Bolasepak Indonesia dan Peringatan Untuk Malaysia

Artikel berikut ditulis oleh Berto dari Blog Sokerleaks:

Tarikh 20 May 2011 merupakan detik hitam bagi dunia bolasepak Indonesia. Seperti di negara lain termasuk di Malaysia, rakyat di negara berkepadatan manusia tertinggi didunia ini menganggap bolasepak adalah maruah mereka. 20 Mei 2011 merupakan tarikh Kongres Pemilihan PSSI (Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia). Kongres ini diadakan untuk memilih calon pengerusi yg baru selepas Nurdin Halid, bekas pengerusi dilarang oleh FIFA untuk meneruskan kepimpinan beliau di PSSI. 

SIAPA NURDIN HALID?
Nurdin Halid seorang usahawan terkenal di Indonesia. Beliau juga merupakan politikus yg pernah menjadi ahli Dewan Perwakilan Rakyat bagi Parti Golkar. Kehidupan Nurdin penuh dengan rasuah; pernah dipenjarakan atas kesalahan penyeludupan gula dan minyak masak. Semasa dalam penjara, beliau menjadi pengerusi PSSI dan memperkenalkan beberapa pembaharuan iaitu menambah bilangan pemain naturalisasi serta menambah bilangan kelab untuk Liga Indonesia.

Nurdin dibebaskan dari tiraibesi pada Hari Kemerdekaan selepas mendapat pengampunan dari pemerintah. Pada tahun 2007, beliau dipilih sekali lagi untuk menerajui PSSI. Kalangan rakyat Indonesia tidak menyukai Nurdin Halid dalam PSSI ini. Sebab yg pertama, Nurdin dianggap menggunakan PSSI untuk kepentingan politik dan peribadi semata-mata. Dan kedua, TIMNAS Indonesia gagal mencatat keputusan yg membanggakan; gagal ke semi Sukan Sea 2009, tidak mencatatkan sebarang kemenangan pada kelayakan Piala Asia dan yg lebih pedih, gagal menjulang Piala AFF 2010 di laman sendiri. Ketika itu, Nurdin menerima tamparan yg hebat setelah ribuan penyokong Indonesia di Gelora BungKarno menjerit "Nurdin Turun, Nurdin Turun" dihadapan beliau sendiri. Akhirnya pada 4 April 2011, Nurdin dilarang FIFA dari terus memegang jawatan.

REKOMENDASI MALANG

Krisis PSSI yg berterusan ini memaksa Menteri Pemuda dan Olahraga Indoensia, Andi Mallaranggeng turut campur tangan. Lantas, Kongres Sepakbola Nasional (KSN) diadakan dgn tujuan menyelesaikan masalah ini. KSN ini telah melahirkan 'Rekomendasi Malang' dengan harapan masalah bolasepak Indonesia ni akan beransur pulih. Antara yg termaktub dalam 'Rekomendasi Malang' ini ialah:-

Walaubagaimanapon, pendukung TIMNAS Indonesia merasakan ada satu yg tertinggal dalam 'Rekomendasi Malang' ini iaitu "Nurdin Halid Harus Berundur!" 
LIGA SUPER ATAU LIGA PREMIER.
Krisis diburukkan lagi dengan pemecahan liga bolasepak Indonesia. 3 pasukan Liga Super Indonesia (ISL); Persema Malang, PSM Makassar dan Persibo Bojonegoro keluar dari ISL dan menyertai Liga Premier Indonesia (LPI). Ramai yg beranggapan LPI tidak dapat bertahan, namun telahan itu ternyata silap. Semasa LPI kali pertama dilancarkan, hampir 20,000 peminat hadir menyaksikan perlawanan Solo FC dan Persema. LPI juga turut dimeriahkan dengan hadirnya bintang utama timnas Garuda, Irfan Bachdim. PSI tidak akan membenarkan pemain-pemain di LPi untuk menyertai skuad timnas Indonesia.

KELOMPOK 78

Maka pada tarikh 20.5.2011, kongres pemilihan PSSI diadakan. Pemilihan ini dilihat begitu panas dari awal hingga akhir. Dikhabarkan 300 mahasiswa mengawal kongres PSSI ini. Kongres ini turut dipantau pegawai dari FIFA. Sayangnya, kongres ini dikatakan gagal setelah Agum Gumelar (org yg dilantik FIFA untuk menyelesaikan masalah ini) membatalkan kongres ini. Pembatalan ini berpunca dari huru-hara yang dicetuskan oleh Kelompok78.
 Yang botak bercermin mata itu Aripin, yg lagi sorang tu Jeneral George Toisutta

Siapa Kelompok78? Kelompok 78 dikatakan adalah golongan yg mempunyai kepentingan terhadap Nurdin Halid, makna kata mereka ini adalah penyokong Nurdin Halid. Kelompok 78 tidak menggemari campurtangan FIFA dan Agum Gumelar dalam menyelesaikan masalah ini. 2 tokoh yg dikatakan menjadi tulang belakang untuk Kelompok 78 ini ialah George Toisutta dan Arifin Panigoro. Toisutta adalah Jeneral TNI. Ada ura-ura mengatakan Toisutta akan menggunakan kuasa tenteranya untuk menerajui PSSI ini. Panigoro pula adalah taikun-minyak Indonesia. Beliau juga adalah individu yg bertanggungjawab memperkenalkan IPL. Kedua-duanya merebut kerusi pengerusi PSSI ini namun FIFA telah melarang kedua-duanya dari bertanding, sama seperti Nurdin Halid. Penyokong bolasepak Indonesia membenci kelompok 78 ini yg rata-ratanya dari golongan politikus dan usahawan besar yg juga merupakan kroni Nurdin Halid.

ANCAMAN DIGANTUNG FIFA

Selepas episod huru-hara ini, FIFA dikatakan mahu menggantung Indonesia dari sebarang pertandingan luar selama 3 tahun. Bermakna Indonesia tidak bisa menghantar timnas mereka beraksi untuk kelayakan Piala Dunia, Piala AFF dan juga Sukan Sea. Namun berita ini masih belum disahkan. Rakyat Indonesia berharap agar hukuman ini tidak terjadi. FIFA dalam pada itu akan mengeluarkan kenyataan mereka dalam masa terdekat ini.

PERINGATAN UNTUK MALAYSIA

Episod hitam bolasepak Indonesia ini seharusnya menyedarkan Malaysia dan bolasepaknya. Jika dilihat, punca utaman berlakunya krisis ini adalah rasuah. Dan berita pasal rasuah bolasepak di Malaysia kembali hangat. Bukan nak buat isu, tapi benar ianya telah terjadi semula. Bayangkan Piala Presiden pon player dah jual game (aku tak tipu, ini sumber dalaman).

Jika kita imbas lagi, politikus dan sukan sebenarnya satu kombinasi yg sejujurnya sangat tidak ideal. Pendapat kebanyakan orang Indonesia dan Malaysia sama; politik dalam bolasepak adalah duri dalam daging. Perhati semula orang-orang dalam FAM dan persatuan bolasepak negeri? Nampak dengan jelas tak? 
sekadar gambar hiasan
 
Harimau Malaya sudah terbukti lebih hebat dari Sang Garuda, namun itu tak bermakna kita harus sombong dan tidak mempelajari apa yg Indonesia tawarkan. Lihat betapa kompetetifnya liga mereka. Gred B di Asia. MSL pula gred D! Tapi yang paling penting, rakyat Indonesia sudah mula bangun dan berjuang untuk masadepan bolasepak mereka.

Kita di Malaysia? Ala, setakat harga tiket mahal, jadual perlawanan macam gampang, padang kat stadium teruk, friendly lawan kelab bukan dengan national team. Tu semua tak de la teruk mana kan? kan? kan?


No comments:

Post a Comment