Sunday, May 8, 2011

Man Utd Juara Liga Perdana Inggeris

LONDON - Manchester United semakin hampir untuk menjulang piala Liga yang ke 19 kali selepas menewaskan Chelsea 2-1 pada hari Ahad.

Pasukan Alex Ferguson itu mempunyai kelebihan enam mata didepan Chelsea dengan baki dua perlawanan, Man Utd mesti menang atau seri dalam salah satu perlawanan untuk menjadi juara.

Javier Hernandez telah menjaringkan gol untuk meletakan Man Utd didepan 1-0 seawal 36 saat dan Nemanja Vidic kemudian menanduk bola masuk ke gawang Chelsea pada minit ke 23. Frank Lampard Menjaringkan gol untuk Chelsea untuk menjadikan kedudukan jadi 2-1.

United, mungkin menjulang piala keempat dalam lima tahun.

No comments:

Post a Comment