Monday, May 2, 2011

Liverpool Terus Mengekalkan Kemenangan

Liverpool meneruskan pesta gol di Anfield di bawah kendalian Kenny Dalglish dengan mengukuhkan kedudukan untuk layak ke kejuaraan Eropah musim depan selepas menundukkan Newcastle 3-0.

The Reds, yang menjaringkan 14 gol dalam empat perlawanan terakhir di Anfield berjaya memintas Tottenham di kedudukan kelima liga bagi merebut slot untuk ke Piala Europa musim depan.

Dirk Kuyt meneruskan rentak gol ke-8 dalam tujuh perlawanan liga dan kali ini menerusi sepakan penalti bagi menjadikan kedudukan 2-0 selepas jaringan awal Maxi Rodriguez pada minit ke-10.

Sementara itu, perancang utama Liverpool, Luis Suarez mengekalkan rentak memberangsangkan bersama kelab barunnya itu dengan menambah gol untuk melengkapkan kemenangan 3-0.

Bekas penyerang Newcastle, Andy Carroll yang dimasukkan pada 20 mint terakhir perlawanan menerima tomahan dari penyokong kelab lamanya itu sementara penyokong Liverpool memberi sokongan penuh.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish adalah orang utama yang membawa kebangkitan Liverpool sejak mengambil alih tugas Roy Hodgson pada awal bulan Januari lalu.

Dalglish melahirkan rasa gembiranya dengan kemenangan ini memuji permainan Suarez serta tidak menolak kemungkinan untuk merebut tempat keempat liga walaupun masa semakin suntuk.

No comments:

Post a Comment