Monday, May 2, 2011

Chelsea Gembira Arsenal Berjaya Menumpaskan United

Arsenal akhirnya menjadikan perebutan takhta liga semakin sengit selepas menyajikan persembahan seperti sang juara untuk menumpaskan Manchester United 1-0 di Emirates Stadium.

Gol tunggal Aaron Ramsey pada separuh masa kedua dan juga merupakan gol pertama beliau semenjak Januari menyebabkan United hanya mempunyai kelebihan tiga mata di depan Chelsea dan mereka akan bertemu sesama sendiri di Old Trafford Ahad depan.

The Gunners terlepas peluang untuk merebut kejuaraan musim ini namun kemenangan ini dapat memberi sedikit harapan untuk peminat Arsenal pada musim depan terhadap pemain muda Arsene Wenger.

Ramsey terpaksa diturunkan kerana Cesc Fabregas mengalami kecederaan menghadiahkan gol emas pada minit ke-56 walaupun mereka sepatutunya menerima sepakan penalti selepas Nemanja Vidic menolak bola menggunakan tangan yang turut boleh membawa kepada layangan kad merah.

Sementara itu Sir Alex Ferguson seperti biasa akan menyalahkan pihak pengadil apabila pasukannya tewas dan kini Chris Foy menjadi mangsa.

Ferguson menyifatkan kegagalan pengadil memberikan sepakan penalti menjadi punca pasukannya tewas di tangan Arsenal. "Ternyata ia memberi Chelsea peluang dan ia apa yang berlaku apabila kamu memberikan peluang. Mereka mendapat satu di Old Trafford musim lepas dan itu yang merisaukan."

Sekiranya United tewas minggu depan, mereka akan dipintas Chelsea dengan perbezaan jaringan dengan hanya dua baki perlawanan.

No comments:

Post a Comment